http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=kKZOY6nCu0s
owh dear hubby,wishing u are here accompany me days and nights. I do wanna cry, but i stop my tears drop because crying wont stop anything. If I am Crying, it wont solve any problem. I need a lot, I asking from Allah. I do know,every time i ask ALLAH anything that i need, ALLAH wont hesitate give me. Oh ALLAH, thanx so much for giving me everything. I am unable to provide myself like u did. Subhanallah...Alhamdulillah and Allahu Akbar....
Mrs. Dashi
All about L.I.F.E
Wednesday, 11 January 2012
Sunday, 2 October 2011
Our dream cute house
We are looking for a new house. It is as starter for our life as a couple of hubby and wife. Really find a cute house.As we won't hesitate to invite people to our cute house anymore. My loving hubby and I were going look a double storey house at Bandar akedemia. Terrible plus horrible,its was a horror place to stay as it not yet developed place. And it took an hour to reach there. Anyway,buying a house is a very big investment in future. we could buy a house with price RM 250 k now, and we could sell more than rm500k within this 5 years.But, I and my hubby were looking for a house that ready to stay, already developed town and have big prospects in future. Once we move, we could sell or rent it. Whats a joke, my hubby said we can buy a haunted house as it is cheaper than other house. So funny. Hope it's only a joke.Worry if he make it real. If it is,i think i will stick myself with him. I wont allowed he to leave me even for a single second.
Make You feel My Love
My head spinning think of what should i cook for my lovely husband for this lunch. Really, my heart beat fast and seem cant slow anymore. But, i am not pray it stop. I would die if it stop, of course! Owh, hubby please come home early. Really miss u.
Aku Isteri
Dulu aku seorang anak,pelajar dan hamba yang belajar menyelusuri hidup.Seperti orang lain,aku juga mengalami proses perubahan manusia. Dugaan,ujian, suka,duka,tawa,tangis seolah sudah sebati dalam hidupku. Allah,Tuhanku yang Esa, minta apa saja melalui doa,pasti akan ditunaikan,samada lambat atau cepat pasti ditunaikan. Minta jodoh yang baik,dapat yang baik. Minta kerja yang baik,dapat yang baik juga,Minta rumah tempat tinggal yang baik,dapat yang baik juga.Bahkan minta kenderaan yang baik,dapat yang baik juga. Kereta yang setia membawaku ke mana saja destinasi yang ku mahu.Alahai,dah pandai meragam plak keta tueh.
Kini aku seorang wanita bergelar isteri kepada lelaki yang aku pelajari untuk mencintainya. Pada awalnya, aku kurang yakin dengan pilihan ini. Tapi,aku adu pada Allah. Pohon mudahkan perjalanan ini. Alhamdulillah. Apa yang Allah tentukan buat aku sebagai hamba,tidak pernah mengecewakan. Dah 4 bulan usia perkahwinan kami,dan aku bahagia dengan jodoh yang Allah tentukan buatku. Mungkin ini hadiah untuk aku sebab tak moh bercinta sebelum kahwin. Memang dah impian ku,setiap kali solat,mahu suamiku menjadi imam,dan aku menjadi makmum. Alhamdulillah aku dapat juga.Mane taknye,mak aku dah naik rimas,bile aku cakap "mak,nak kawen dengan ustaz".Mak selalu geleng kepala. Sebab tak percaya.AKu nieh spesis anaknya yang suka menyakat dan perangai suka huha-huha..Becozs i am happy go lucky person. Jiwaku penuh keanak2an bila perlu,dan matang jika perlu. Bila aku cakap ulang2,mak dah naik rimas at last mak cakap "amin". Doa mak,memang power.cakap je nak ape,bagitau kat mak. Lepas solat mak angkat tangan, mak berdoa dengan sungguh2. Insyaallah,apa yang kita nak, Allah mudah tunjukkan jalan,dan pasti kita dapat.
Monday, 8 June 2009
Benarkah wanita memerlukan lelaki?
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.
Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik.

Subscribe to:
Posts (Atom)